Friday, 5 July 2013

Kenali Kudat

Bandar Kudat terletak di bahagian Pantai Barat Utara di Sabah dan jaraknya dari Kota Kinabalu ialah sejauh 190 km dan memakan masa selama 2 jam 30 minit perjalanan darat, jika melalui laluan udara memakan masa kurang daripada 45 minit perjalanan. Kudat terletak pada garis lintang 6°55'utara, garis bujur 116°50'timur. Penduduk Kudat dianggarkan pada tahun 2010 berjumlah 85,404 orang. Kaum majoriti di sana ialah Rungus yang merupakan sub-etnik Kadazan Dusun. Kira-kira 10% penduduk adalah etnik Cina, dan terdapat juga minoriti etnik Murut, Dusun, Bugis, Bajau, dan Suluk

Asal-usul nama Kudat adalah berasal dari perkataan Kutad, perkataan Kutad ini berasal dari bahasa Rungus yang bererti rumput lalang. Semasa para pedagang Cina yang datang dari negara China datang ke Kudat untuk berniaga, mereka menghadapai kesukaran untuk menyebut perkataan kutad. Para pedagang Cina menyebut Kutad sebagai Qutat, lalu terbitnya perkataan Kudat. Perkara penyebutan ini masih lagi terjadi sehingga sekarang pada kaum Cina di Kudat terutamanya golongan tua kaum Cina.

Pembentukan tamadun orang Rungus sangat berkait rapat dan sinonim sekali dengan individu yang bernama Tuan Amai Traugott A.Forschner. Beliau merupakan seorang Mubaligh Kristian berasal dari Jerman yang datang ke Kudat lewat tahun 1954 untuk menyampaikan ajaran Protestan. Semasa beliau sampai di Kudat majoriti orang Rungus adalah Labus (tidak beragama).

Suatu ketika dahulu orang Rungus lebih gemar tinggal di luar bandar ataupun kampung-kampung kerana mengusahakan tanah adat masing-masing. Namun, sekitar tahun 1980-an (atau lebih awal) masyarakat orang Rungus sudah mulai keluar dari kawasan kampung dan berhijrah keluar terutamanya di pusat bandar Kota Kinabalu dan Semenanjung Malaysia. Mejoriti orang Rungus yang keluar tersebut adalah berkerjaya seperti penjawat jawatan awam, berkerja di sektor swasta, dan belajar.

Satu perkara yang amat menarik di Kudat adalah kemesraan para penduduk sekitarnya. Mejoriti penduduk Kudat saling mengenali antara satu dengan yang lain. Contohnya ialah seorang peniaga Cina di Pekan Sikuati yang dikenali Taukey Tau Sai boleh bertutur dalam bahasa Rungus dengan agak baik. Kelebihan ini memudahkan beliau untuk mengembangkan perniagaan beliau di Kudat. Bukan hanya beliau yang boleh bertutur atau faham dalam bahasa Rungus tetapi mejoriti peniaga Cina di pekan tersebut mempunyai kemahiran yang hampir sama.

Berikut adalah kawasan-kawasan yang menarik jika anda berkunjung ke Kudat :
  1. Rumah Panjang Rungus di Bavang Gazo
  2. Tanjung Simpang Mengayau
  3. Tindakon  Dazong Beach Resort
  4. Kudat Goft and Marina Resort


No comments:

Post a Comment