Thursday, 11 July 2013

Bahasa lalulintas di Kudat..



Hai semua, apa khabar anda semua? Putera Kudat berharap anda dalam keadaan yang baik saja ketika ini. Kali ini PK akan berkongsi satu fenomena yang unik dan sering terjadi di Daerah Kudat, tidak kira waktu pagi atau tengah hari dan petang. Fenomena ini adalah bahasa isyarat lalulintas di Kudat. Jika anda pernah berkunjung atau menetap di Semenanjung Malaysia, fenomena ini amat berlainan sekali dengan fenomena yang biasa terjadi di Kudat. 

Bahasa isyarat lalulintas yang pertama adalah membunyikan hon ketika kenderaan yang dipandu berselisih dengan kenderaan kawan. Majoriti penduduk Kudat amat sinonim dengan budaya ini malah boleh kedengaran pelbagai irama hon pada pelbagai jenis kenderaan, ada yang menghasilkan bunyi hon yang tajam hingga menyakitkan telinga dan ada juga bunyi hon yang sederhana dan ada juga bunyi hon yang berbentuk garau serta ada juga bunyi hon yang boleh bersiul. Post kali ini amat sesuai untuk mereka yang bukan penduduk daerah Kudat, mereka yang bercadang hendak ke Kudat, ataupun kepada generasi muda Kudat yang lahir di Kudat tetapi telah bermastautin.
  1. Hon yang amat singkat atau pendek. Kebiasaanya sebelum seseorang itu berangkat pergi meninggalkan seseorang atau lebih, terlebih dahulu pemandu tersebut akan membunyikan hon yang amat singkat atau pendek. Maksud hon tersebut adalah pemandu tersebut akan memulakan perjalanan dan memberitahu niat beliau melalui hon tersebut.
  2. Hon yang pendek dan hanya sekali ataupun berulang-ulang. Sah itu van mini cari penumpang. Majoriti pemandu van mini akan sering membunyikan hon apabila melihat seseorang atau lebih orang melalui kawasan mereka atau mereka melalui perhentian bas. Maksud hon ini adalah bertanya kepada orang itu memerlukan pengangkutan untuk pulang atau hendak pergi ke suatu lokasi.
  3. Hon yang panjang dan berulang-ulang. Jika anda sedang memandu dan sedang berada di daerah Kudat lalu mendengar hon sedemikan, pastikan anda serta-merta melihat keadaan sekeliling anda. Kerana mungkin anda telah menghalang laluan seseorang. Sila alihkan kenderaan anda secepat mungkin jika kenderaan anda menghalang laluan orang tersebut serta mengangkat tangan berserta senyuman tanda maaf.
  4. Hon hanya sekali tetapi memanjang. Hon seperti ini biasanya berlaku semasa para van mini berselisih dengan yang lain. Hon ini bermaksud pemandu kedua van mini ini adalah kenal antara satu. Semasa hon inilah akan kedengaran pelbagai jenis hon berbunyi.
Penggunaan hon ini juga sinonim dengan bandar-bandar yang lain seperti bandar Kota Marudu, bandar Kota Belud, dan banyak lagi di Sabah. Bestkan bahasa jalan raya di Kudat, oleh itu sila pastikan kenderaan anda mempunyai hon yang paling macho ataupun paling comel bila berada di daerah Kudat okeeey..

Bahasa isyarat lalulintas yang kedua di Kudat adalah penggunaan lampu utama kenderaan pada waktu siang hari. Kebiasaannya para pemandu mengenal satu sama yang lain kenderaan tersebut. Semasa bertembung dengan kenderaan yang lain pemandu tersebut akan menyalakan lampu, ataupun semasa sedang mengekori kenderaan di depan. Berikut adalah contoh-contoh penggunaan lampu utama dan maksudnya yang tersendiri;
  1. Nyalaan lampu yang agak lama, kekadang cuma menyalakan sebelah lampu sahaja. Kebiasaanya para pemandu ini saling kenal antara satu dengan yang lain. Kebiasaannya fenomena ini berlaku apabila para pemandu berselisih di suatu jalan yang lurus dan agak panjang. Salah seorang akan menyalakan lampu (kekadang hampir serentak menyalakan lampu) sehingga kenderaan benar-benar sudah melepasi yang lain berulah lampu ini dipadamkan. Maksud nyalaan lampu ini menunjukan jalinan persahabatan pemandu tersebut amat baik. Dan juga maksud nyalaan lampu ini agar pemandu tersebut berada dalam keadaan yang baik.
  2. Nyalaan lampu berkelip-kelip. Jika anda berada di Kudat dan sedang menunggu pengangkutan untuk ke pekan, anda akan mendapati ada kenderaan yang akan menyalakan lampu utama berkali-kali atau berkelip-kelip. Maksud nyalaan itu adalah pertanyan dari pemandu kenderaan tersebut, pemandu itu bertanya pada kita bahawa adakah kita memerlukan perkhidmatan pengangkutan.
  3. Nyalakan lampu berkelip-kelip dua hingga tiga kali. Oleh kerana jalan raya di Kudat jenis dua hala sahaja maka memotong kenderaan di hadapan agak berbahaya. Apabila anda sedang memandu dan tiba-tiba ada kenderaan menyalakan lampu utamanya sebanyak dua hingga tiga kali di belakang kenderaan anda, ia bermaksud ingin memotong kenderaan anda. Cara nyalaan lampu ini juga merupakan isyarat pemandu kepada pemandu di hadapan bahawa kenderaannya mengalami masalah. Masalah yang sering terjadi adalah muatan hampir jatuh atau ada yang mencurigakan.
Bahasa isyarat lalulintas ketiga yang sering dilakukan oleh majoriti pemandu kenderaan di Kudat adalah memberikan lambaian tangan (give five). Lambaian tangan ini sering dilakukan bersama-sama dengan senyuman ataupun perkataan singkat yang seakan-akan marah kerana bercakap secara berteriak. Berikut adalah contoh-contoh isyarat atau bahasa jalan yang sering dilakukan di Kudat;
  1. Lambaian tangan hingga kelihatan kelima-lima jari (give five). Apabila anda menaiki van mini di Kudat, anda pasti akan mendapati pemandu melambaikan tangan dengan meletakkan tangan mereka di atas stering kereta. Jika anda perhatikan kenderaan yang bertentangan dengan pemandu tadi, anda akan mendapati pemandu yang di depan juga akan melakukan perkara yang sama.
  2. Lambaian tangan seterusnya menunjukkan isyarat bagus (thumb up). Apabila anda melihat pemandu kenderaan di Kudat melambaikan tangan lalu menunjukkan isyarat bagus, mereka sebenarnya sedang berinteraksi antara satu dengan yang lain. maksud isyarat tersebut sebenarnya bertanya keadaan masing-masing.   
Akhir kata dari Putera Kudat, kepada mereka yang bergelar pemandu walauapapun kenderaan yang anda pandu berhati-hati la di jalan raya... Bye bye

Friday, 5 July 2013

Kenali Kudat

Bandar Kudat terletak di bahagian Pantai Barat Utara di Sabah dan jaraknya dari Kota Kinabalu ialah sejauh 190 km dan memakan masa selama 2 jam 30 minit perjalanan darat, jika melalui laluan udara memakan masa kurang daripada 45 minit perjalanan. Kudat terletak pada garis lintang 6°55'utara, garis bujur 116°50'timur. Penduduk Kudat dianggarkan pada tahun 2010 berjumlah 85,404 orang. Kaum majoriti di sana ialah Rungus yang merupakan sub-etnik Kadazan Dusun. Kira-kira 10% penduduk adalah etnik Cina, dan terdapat juga minoriti etnik Murut, Dusun, Bugis, Bajau, dan Suluk

Asal-usul nama Kudat adalah berasal dari perkataan Kutad, perkataan Kutad ini berasal dari bahasa Rungus yang bererti rumput lalang. Semasa para pedagang Cina yang datang dari negara China datang ke Kudat untuk berniaga, mereka menghadapai kesukaran untuk menyebut perkataan kutad. Para pedagang Cina menyebut Kutad sebagai Qutat, lalu terbitnya perkataan Kudat. Perkara penyebutan ini masih lagi terjadi sehingga sekarang pada kaum Cina di Kudat terutamanya golongan tua kaum Cina.

Pembentukan tamadun orang Rungus sangat berkait rapat dan sinonim sekali dengan individu yang bernama Tuan Amai Traugott A.Forschner. Beliau merupakan seorang Mubaligh Kristian berasal dari Jerman yang datang ke Kudat lewat tahun 1954 untuk menyampaikan ajaran Protestan. Semasa beliau sampai di Kudat majoriti orang Rungus adalah Labus (tidak beragama).

Suatu ketika dahulu orang Rungus lebih gemar tinggal di luar bandar ataupun kampung-kampung kerana mengusahakan tanah adat masing-masing. Namun, sekitar tahun 1980-an (atau lebih awal) masyarakat orang Rungus sudah mulai keluar dari kawasan kampung dan berhijrah keluar terutamanya di pusat bandar Kota Kinabalu dan Semenanjung Malaysia. Mejoriti orang Rungus yang keluar tersebut adalah berkerjaya seperti penjawat jawatan awam, berkerja di sektor swasta, dan belajar.

Satu perkara yang amat menarik di Kudat adalah kemesraan para penduduk sekitarnya. Mejoriti penduduk Kudat saling mengenali antara satu dengan yang lain. Contohnya ialah seorang peniaga Cina di Pekan Sikuati yang dikenali Taukey Tau Sai boleh bertutur dalam bahasa Rungus dengan agak baik. Kelebihan ini memudahkan beliau untuk mengembangkan perniagaan beliau di Kudat. Bukan hanya beliau yang boleh bertutur atau faham dalam bahasa Rungus tetapi mejoriti peniaga Cina di pekan tersebut mempunyai kemahiran yang hampir sama.

Berikut adalah kawasan-kawasan yang menarik jika anda berkunjung ke Kudat :
  1. Rumah Panjang Rungus di Bavang Gazo
  2. Tanjung Simpang Mengayau
  3. Tindakon  Dazong Beach Resort
  4. Kudat Goft and Marina Resort